Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala ASEAN FIFA 2026: 'Perubahan' Masa Tambahan Aksi Indonesia-Bangladesh Undang Tanda Tanya Netizen

'Perubahan' masa tambahan
Kredit: Stadium Astro

Persoalan mengenai masa tambahan menjadi perhatian dalam aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan Piala ASEAN FIFA 2026 selepas masa tambahan yang pada awalnya ditetapkan selama dua minit berubah menjadi tujuh minit.

'Perubahan' masa tambahan aksi Indonesia-Bangladesh dipersoal

Situasi itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila Indonesia berjaya menjaringkan gol kesembilan pada penghujung masa tambahan untuk melengkapkan kemenangan 9-2.

Kemenangan besar tersebut turut memainkan peranan penting dalam persaingan sengit dengan Malaysia bagi merebut tiket ke final selepas kedua-dua pasukan mengakhiri saingan Kumpulan A dengan jumlah mata yang sama.

Dalam perlawanan berkenaan, Mitchell Baker muncul watak utama buat Indonesia apabila meledak gol pada minit ke-11 dan ke-20 sebelum Rizky Ridho menambah jaringan pada minit ke-32.

Bangladesh kemudian merapatkan kedudukan menerusi Shahriar Emon pada minit ke-36, namun Baker melengkapkan hatrik seminit kemudian.

Indonesia terus menguasai permainan apabila Justin Hubner dan Kevin Diks turut mencetak nama sebagai penjaring sebelum Baker menambah satu lagi gol pada penghujung babak pertama.

Skuad Garuda kemudian meneruskan momentum pada separuh masa kedua untuk melengkapkan kemenangan 9-2.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Malaysia menewaskan Singapura 6-0, namun kemenangan tersebut masih belum mencukupi untuk mengatasi Indonesia berdasarkan jumlah jaringan dan kriteria penentuan kumpulan.

Jaringan kesembilan Indonesia pada penghujung aksi akhirnya menjadi antara detik penting dalam penentuan pasukan yang mara ke final, memandangkan Malaysia turut mencatat kemenangan besar dalam perlawanan mereka.

Perkembangan itu kemudian mengundang persoalan dalam kalangan netizen mengenai bagaimana tempoh masa tambahan dikira serta faktor yang menyebabkan permainan terus berlangsung sehingga jaringan terakhir Indonesia terhasil.

Intipati
  • Masa tambahan Indonesia menentang Bangladesh dilaporkan berubah daripada dua minit kepada tujuh minit.
  • Indonesia menang 9-2, dengan gol kesembilan hadir pada penghujung masa tambahan perlawanan.
  • Malaysia menewaskan Singapura 6-0 tetapi gagal mengatasi Indonesia berdasarkan kriteria penentuan kumpulan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan