Pernahkah anda semua terutamanya para ibu bapa mengamalkan petua meletakkan bawang putih di dalam stokin untuk kebahkan demam?
Sejauh manakah keberkesanan petua ini?
Dr. Nimelesh melalui Twitter miliknya menjelaskan petua ini. Menurut beliau, cara ini berpotensi menyebabkan lecuran pada kulit bayi.


Menurut Dr. Nimelesh, jika anak anda yang berumur 2 tahun kebawah menghidapi demam, segeralah bawa ke klinik.
“Kalau bayi sebulan ke bawah- demam, perlu admit terus. Kalau kanak kanak demam 2-3 hari pun, jangan tunggu. Terus ke klinik, check,” tulis Dr. Nimelesh.
Sumber: Nimelesh