Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat F/A-18D TUDM Lakukan Pendaratan Kecemasan Di KKIA

Adib Haiqal
Pendaratan kecemasan
Kredit: Bernama

Pesawat F/A-18D TUDM Lakukan Pendaratan Kecemasan Di KKIA

Sebuah pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan mengalami masalah enjin semasa susulan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

TUDM dalam satu kenyataan berkata, insiden tersebut berlaku selepas pesawat berkenaan selesai menjalani Latihan Tembakan Udara ke Permukaan waktu malam di Kota Belud, Sabah pada 19 Mei 2026.

Pesawat F/A-18 Lakukan Pendaratan Kecemasan

"Semasa kejadian berlaku, juruterbang telah melaksanakan prosedur kecemasan yang ditetapkan dan membuat keputusan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai langkah keselamatan.

"Pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat pada jam 7.47 malam," menurut kenyataan tersebut.

TUDM memaklumkan sepasukan unit teknikal telah digerakkan ke KKIA bagi menjalankan proses pemeriksaan mendalam serta bantuan teknikal terhadap pesawat pejuang tersebut.

Pesawat berkenaan dijangka dibenarkan terbang kembali ke pangkalan selepas semua proses pemeriksaan dan pengesahan teknikal selesai dilaksanakan.

TUDM turut menegaskan bahawa keselamatan operasi penerbangan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi agensi itu dalam setiap misi mahupun latihan yang dikendalikan.