Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak terus diperkukuh menerusi pertemuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam kunjungan beliau ke negeri itu semalam.
Pertemuan berkenaan diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama, termasuk isu keselamatan, politik, ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
Menerusi satu kenyataan yang di muatnaik di Facebook pada Selasa, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, kedua-dua pihak bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat perlu terus diberikan keutamaan.
“Kami bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat harus terus menjadi keutamaan,” menurutnya dalam kenyataan itu.
Penggodam GTA VI Dibebaskan
“Tak Pasal-Pasal Kena Buka Aircond..” - Oyen Buat Hal, Netizen Kata Nak Jadi 'Technician'
Kerajaan Siap Siaga Hadapi El Nino, Pastikan Bekalan Protein Negara Terjamin
“Dah Burnout Sangat Tu...”, Penyaman Udara Papar Kod EL, Netizen Anggap ‘Minta Rehat’
Jumpa Kulat Pada Roti Anda? Ini Yang Perlu Anda Lakukan
Tambahnya, semangat saling menghormati, persefahaman dan kepercayaan juga perlu menjadi asas dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.
Hargai Komitmen Dan Sokongan Sarawak Terhadap Usaha Kerajaan Persekutuan

Dalam perkembangan sama, beliau turut menghargai komitmen serta sokongan Sarawak terhadap usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kestabilan politik dan kesinambungan pentadbiran negara.
Katanya, kerjasama serta persefahaman antara kedua-dua pihak amat penting bagi membolehkan kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan reformasi dan kesejahteraan rakyat.
Jelasnya, hubungan erat antara Persekutuan dan Sarawak bukan sahaja penting dalam memastikan kestabilan politik, malah menjadi asas kepada kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat.

