Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Persis Hotel, Pemeriksaan Mengejut Sebuah Penjara Di Indonesia Temui Fasiliti Mewah, Kereta & Simulator Golf

penjara mewah indonesia
Gambar: Tribun Medan TV

Ombudsman Republik Indonesia menemukan beberapa kemudahan luar biasa termasuk bilik kediaman, kenderaan mewah dan simulator golf ketika melakukan pemeriksaan mengejut di Penjara Kelas IIA Cibinong, Bogor, Jawa Barat.

Pemeriksaan pada 23 September itu menemukan beberapa kediaman yang terletak berasingan daripada blok tahanan biasa, dengan sebahagiannya dilengkapi ruang tamu, sofa, televisyen, peti sejuk dan meja makan.

Menurut laporan media tempatan, pasukan Ombudsman turut menemukan pusat kecergasan serta sebuah simulator golf yang masih dalam pembinaan di kawasan berkenaan.

Jumpa fasiliti mewah ketika periksa penjara di Indonesia

Anggota Ombudsman Indonesia, Syafrida R. Rasahan berkata penemuan itu menimbulkan syak bahawa terdapat kemudahan khas yang diberikan kepada banduan tertentu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, beberapa banduan turut ditemukan berada di dalam kediaman berkenaan.

Selain itu, pasukan pemeriksa dilaporkan menemukan minuman beralkohol di dalam sebuah peti sejuk.

Beberapa kenderaan termasuk Toyota Alphard dan Toyota Fortuner turut ditemukan di kawasan parkir penjara berkenaan.

Ombudsman juga menerima maklumat mengenai dakwaan bayaran tertentu dibuat bagi mendapatkan akses kepada kemudahan berkenaan, namun perkara itu masih dalam siasatan.

Susulan penemuan itu, Ombudsman mengesyorkan Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan Indonesia menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada berlaku pelanggaran peraturan atau penyelewengan dalam pengurusan penjara berkenaan.

Kediaman yang ditemukan itu dilaporkan pada asalnya diperuntukkan sebagai rumah rasmi pegawai penjara.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bagaimana kediaman berkenaan boleh digunakan oleh banduan serta sama ada wujud bayaran sebagai pertukaran untuk mendapatkan kemudahan khas.