Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perodua Nautica: Sejarah SUV Paling Pendek
SK percaya pasaran SUV sekarang memang sedang mencanak naik terutama kereta jenama tempatan seperti X50 dan Traz.
Kalau imbas kembali sejarah SUV jenama tempatan, kita akan jumpa dua model yang ikonik iaitu Perodua Kembara dan Nautica.
Kedua-duanya SUV keluaran Perodua tapi membawa sejarah graf jualan yang berbeza.
Hari ini SK nak imbas kembali sejarah Perodua Nautica yang mungkin ramai tak tahu dek kerana jangka hayatnya yang terlalu singkat.
Perodua Nautica adalah sebuah model SUV yang diasaskan dari model Daihatsu Terios.

Perodua ingin menggantikan model Kembara yang sudah lama berada di pasaran dengan model yang lebih canggih.
Walaupun pada awal 2000-an itu Toyota juga membawa masuk model Rush tapi 7 tempat duduk, Perodua ingin bawa masuk model ini sebagai Nautica tapi dengan 5 tempat duduk.
Bezanya, Toyota membawa masuk model Rush sebagai CKD tapi Perodua Nautica masuk sebagai model CBU dari Jepun.

Pada tahun 2008, Perodua Nautica 4WD dilancarkan dengan Perodua membuat perubahan menukar gril hadapan serta bumper depan dan belakang.
Perodua Nautica menggunakan enjin 1.5 DVVT DOHC yang juga enjin sama digunakan oleh Perodua Myvi 1.5.
Kereta ini juga dilengkapi pacuan empat roda sepanjang masa dan boleh diaktifkan melalui butang di dashboard sahaja.
Ciri keselamatan juga lengkap dengan ABS, EBD dan beg udara berkembar.
Walaupun spesifikasinya canggih dan berkualiti kerana dipasang di Jepun, Perodua tidak dapat memberikan harga yang mampu milik.
Harga pelancaran model ini mencecah RM86.000 dan bagi rakyat Malaysia ketika itu agak mahal.
Harga pelancaran Perodua Kembara sebelum itu hanya RM45,000, ia sekali ganda berbeza dengan Perodua Nautica.
Tambahan pula Toyota Rush 7 tempat duduk di Malaysia dijual dengan harga yang hampir sama dengan Nautica.
Jadi, pembeli lebih memilih Toyota Rush berbanding Nautica pada ketika itu.
Perodua tidak mampu meletakkan harga murah pada model ini kerana statusnya sebagai model CBU.
Model CBU dikenakan duti import yang tinggi dari kerajaan ketika itu menjadikan harganya setanding dengan Toyota Rush.
Disebabkan jualan yang terlalu perlahan, Perodua menghentikan penjualan Nautica penghujung 2008 dan baki stok terakhir dihabiskan serta Nautica digugurkan dari barisan Perodua.