Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perodua Ativa Masih Relevan Tahun Ini?
Tahun ini dah masuk tahun kelima Perodua Ativa dilancarkan dan sehingga setakat ini tiada lagi khabar berita model facelift akan diperkenalkan.
Tambahan pula, Perodua baru sahaja melancarkan Perodua Traz yang juga duduk dalam segmen hampir sama dengan Ativa.
Tahun lepas, Perodua Ativa menduduki tangga keenam kereta paling popular dengan 38,609 unit didaftarkan.

Namun, selepas muncul pelbagai model baharu tahun lepas dan suku pertama tahun ini, setakat April, Ativa tidak tersenarai dalam carta 10 teratas.
Ini menunjukkan penjualan kereta Ativa semakin merosot kerana dihimpit pesaing baharu yang menawarkan ciri dan aksesori lebih canggih.
Ativa menggunakan enjin turbo 1.0, 3 silinder DOHC dengan VVT-i yang membekalkan kuasa 98PS dan 140Nm.
Untuk kotak gear pula, ia menggunakan Dual Clutch Variable Transmission (D-CVT) dengan 7 kelajuan dan siap Power Mode.

Penggunaan bahan api bagi model ini boleh dikategorikan sebagai jimat kerana atas kertas boleh mencapai 18.9km/liter digunakan bersama ciri eco idle.
Ciri keselamatan pula, Ativa siap dengan Perodua Smart Drive Assist yang lengkap dan mendapat pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP.

Aksesori dalaman pula, Ativa datang dengan skrin infotainment 9 inci dengan sambungan Perodua Smartlink (screen mirror) dengan wayar.
Ya, Perodua Ativa tiada sambungan Apple Carplay mahupun Android Auto sama ada berwayar atau tidak.
Ativa juga tiada kamera 360 darjah dan hanya dilengkapi dengan reverse camera sahaja.
Harga Perodua Ativa boleh dikatakan kena dengan spesifikasinya dan ianya bermula pada RM62,500 sehingga RM73,400.
Datang dengan tiga varian iaitu varian X, H dan Advance dan kesemua ciri lengkap hanya ada pada varian Advance sahaja.
Manakala varian C dan H ada ciri yang kurang berbanding varian Advance.
Persoalannya, mahukah anda melabur sekurang-kurangnya RM63 ribu untuk kereta yang sudah berusia 5 tahun ini atau ada pilihan yang lebih berbaloi?