Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pernah Bintangi Filem Crows Zero 2, Pelakon Terkenal Jepun, Haruma Miura Meninggal Dunia

Gambar:Aramajapan.com

Pelakon popular Jepun, Haruma Miura ditemui mati di kediamannya di Tokyo pada hari ini, lapor Japan Times.

Menurut sumber penyiasatan, pelakon berusia 30 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Minato Ward. Dia kemudian dikejarkan ke hospital namun kemudian disahkan meninggal dunia.

Berada di bawah naungan agensi Amuse Inc., Miura memulakan karier lakonannya di dalam drama NHK iaitu ‘Agri’ pada usia 7 tahun.

Mendiang juga turut dikenali di dalam filem ‘Crows Zero 2’ dan adaptasi anime popular ‘Attack on Titan’.

Sumber: Japan Times