Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Permulaan Perlumbaan GP Bahrain Di Malaysia 2026 Dilewatkan - Formula 1

gp

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain Formula 1 (F1) di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, telah dilewatkan permulaannya hari ini.

Perlumbaan tersebut dilewatkan permulaannya akibat hujan yang melanda litar ikonik Malaysia itu.

“Kawalan perlumbaan: Permulaan Grand Prix akan dilewatkan,” maklum Formula 1 di platform Threads.

Perlumbaan itu sepatutnya bermula pada pukul 3 petang ini, namun ia masih belum bermula ketika berita ini ditulis.

Pada bulan Julai, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Okt, susulan perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.Perjanjian itu berjaya mengekalkan GP Bahrain di dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan tersebut dibatalkan pada awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari tahun 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Permulaan GP Bahrain F1 di Sepang dilewatkan selepas hujan melanda litar berkenaan.
  • Perlumbaan dijadual bermula 3 petang, namun masih belum bermula ketika laporan ditulis.
  • Malaysia disahkan menjadi tuan rumah GP Gulf Air Bahrain 2026 dari 2 hingga 4 Okt.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan