Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perdana Menteri Timor Leste Letak Jawatan

Gambar: abc.net

Jakarta: Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak, meletak jawatan selepas kerajaan perikatannya tumbang, lapor agensi berita Xinhua memetik media Indonesia pada Selasa.

Iklan

Perdana Menteri menghantar surat peletakan jawatan kepada presiden pada Selasa, ketika negara Asia Tengara itu berdepan ketidakstabilan politik terbaru selepas tumbangnya perikatan yang menyokong beliau di parlimen, lapor Jakarta Post.

“Saya sudah menghantar surat (peletakan jawatan) kepada presiden,” kata Taur Matan Ruak kepada pemberita selepas bertemu Presiden Francisco Guterres.

Katanya, beliau bersedia menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga peletakan jawatannya diterima bagi memastikan aktiviti kerajaan terus berjalan, lapor akhbar itu.

Sumber: Bernama