Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjual Dakwa Miliki Tisu Messi Guna Untuk Lap Air Mata, Nak Jual Dengan Harga RM4.2 Juta

Baru-baru ini, pemain bola sepak terkenal Lionel Messi mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan kelab Barcelona dan menyertai kelab Paris Saint Germain (PSG).

Tidak dinafikan, situasi ini sangat dirasai bukan sahaja pada bekas pemain Kelab Barcelona tetapi peminat tegar dalam sukan bola sepak juga terasa dengan perpisahan tersebut.

Seperti mana yang kita tahu, Lionel Messi mengesat air matanya menggunakan sapu tangan semasa rakaman siaran langsung majlis perpisahan tersebut.

Oleh hal demikian, seorang peniaga bertindak menjual sapu tangan yang didakwa digunakan oleh Messi semasa hari perpisahan tersebut dengan harga jutaan dolar Amerika.

Penjual tersebut mendakwa seakan menerima ‘harta karun’ yang sangat berharga walaupun ianya hanyalah sapu tangan Messi yang digunakan untuk mengesat air mata sahaja. Dia kemudian meletakkan iklan di laman web dan mengumumkan untuk menjual tisu tersebut dengan harga 1 juta dolar.

Penjual tersebut mendakwa sapu tangan itu mengandungi genetik Messi. Walaupun ianya hanyalah sehelai sapu tangan, tetapi ia amat berharga kerana dikaitkan dengan Lionel Messi. Kini sapu tangan tersebut disimpan di bingkai foto.

Ini hanya dakwaan penjual. Tidak tahu sama ada tisu itu tisu yangbetul digunakan oleh Messi di majlis perpisahan tempoh hari atau bukan.

Sumber: Indozone