Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjenayah Nekad Serah Diri Selepas Tak Tahan Bingit Duduk Dirumah Dengan Ahli Keluarga Ketika ”Lockdown“

Gambar Via Sky News

Seorang lelaki yang dikehendaki oleh pihak polis menyerahkan dirinya supaya dia tidak perlu menghabiskan lebih banyak waktu bersama orang-orang yang tinggal dengannya ketika menjalani perintah berkurung, lapor Sky News.

Pihak polis mengatakan bahawa lelaki itu menyerahkan diri pada Rabu lalu untuk mendapatkan ‘kedamaian dan ketenangan’.

Inspektor Darren Tayor dari Polis Sussex menjelaskan kejadian yang sememangnya tidak biasa berlaku itu dalam Twitter miliknya.

“Damai dan tenang! Lelaki yang dikehendaki menyerahkan diri kepada pasukan polis petang semalam setelah memberitahu kami dia lebih suka kembali ke penjara daripada menghabiskan lebih banyak masa dengan orang-orang yang tinggal bersamanya,” katanya.

Namun, pihak polis tidak mengatakan apa jenayah yang dilakukan oleh lelaki itu.

Dalam pada itu, kajian yang dikeluarkan pada Oktober lalu mendapati lebih daripada separuh populasi (53%) mengatakan bahawa mereka merasa marah dengan orang lain yang mereka kenali kerana tingkah laku mereka semasa pandemik COVID-19.

Menurut kajian King’s College London dan Ipsos MORI, hampir satu per empat orang melaporkan telah bertengkar dengan rakan atau keluarga semasa perintah berkurung dilaksanakan kerana COVID-19.

Satu daripada 12 orang juga tidak lagi bercakap dengan rakan atau saudara mereka kerana tidak mempunyai persefahaman.

Sumber: Sky News