Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penjawat Awam Dilarang Guna Aplikasi Waze Berkuat Kuasa Serta Merta

WAZE
Kredit: AFP

Anggota perkhidmatan awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKNS).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat JKNS Bilangan 3 Tahun 2026 pada 20 Oktober lalu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut surat arahan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, bertarikh 20 Oktober 2026, larangan itu melibatkan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang dinyatakan berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Menerusi surat berkenaan, semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan persekutuan diarahkan memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan masing masing, termasuk agensi dan jabatan berkaitan.

Surat itu turut meminta kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan arahan berkenaan dipatuhi secara menyeluruh.

Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan arahan itu boleh dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri selaku agensi penyelaras.

Sumber:Facebook
Intipati
  • Penjawat awam dilarang menggunakan Waze berkuat kuasa serta merta selepas keputusan JKNS.
  • Keputusan dibuat dalam mesyuarat JKNS pada 20 Oktober 2026 dipengerusikan Perdana Menteri.
  • Ketua kementerian dan jabatan diarah memaklumkan arahan itu kepada pegawai masing-masing.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan