Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengunjung Hadapi Cabaran Keluar Litar, SIC Perkukuh Trafik & Shuttle

SIC Perkukuh Trafik & Shuttle
Kredit: Bernama

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memaklumkan bahawa pihaknya sedang memperkukuh pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan kawalan orang ramai susulan cabaran perjalanan yang dihadapi sebahagian peminat ketika hadir ke litar semalam.

SIC perkukuh trafik & shuttle

Menerusi satu kenyataan rasmi pada Sabtu, SIC berkata pihaknya menyedari kesukaran yang dialami sebahagian peminat ketika bergerak pergi dan pulang dari litar, khususnya ketika waktu keluar pada sebelah petang dan malam.

“Kami menyedari cabaran yang dihadapi oleh sebahagian peminat ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari litar semalam, khususnya ketika waktu keluar pada sebelah petang dan malam.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan serta pihak berkuasa berkaitan bagi memperkukuh pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan kawalan orang ramai untuk hari ini,” menurut kenyataan itu.

Pengunjung diminta rancang perjalanan lebih awal

Dalam pada itu, SIC turut menggalakkan peminat yang menghadiri acara supaya merancang perjalanan lebih awal dan merujuk maklumat perjalanan terkini menerusi saluran media sosial rasmi litar.

Orang ramai juga diminta supaya mematuhi arahan pegawai bertugas dan papan tanda yang disediakan ketika tiba serta meninggalkan kawasan litar.

Menurut SIC, pengaturan trafik mungkin disesuaikan mengikut keadaan semasa.

SIC turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

“Pengalaman dan keselamatan para peminat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami di Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.

Intipati
  • SIC mengakui sebahagian peminat berdepan kesukaran perjalanan pergi dan pulang dari litar.
  • Pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan kawalan orang ramai sedang diperkukuh untuk acara.
  • Pengunjung diminta merancang perjalanan awal serta mematuhi arahan petugas dan papan tanda.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan