Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penduduk Gaza Teruja Kutip Serpihan Dipercayai Kapal GSF Terdampar Di Pantai

Aina Munirah
Penduduk Gaza Serpihan Kapal GSF
Kredit: @abd.pix96/@globalsumudflotilla

Penduduk Gaza Teruja Kutip Serpihan Dipercayai Kapal GSF Terdampar Di Pantai

Bunyi dentuman bom, tembakan sudah lali didengar penduduk Gaza yang telah berdepan dengan konflik antara Palestin-Israel sekian lama.

Disebabkan itu, kebanyakan sektor seperti pendidikan, pelancongan, ekonomi 'lumpuh' sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan rakyat menerima impak daripada konflik termasuk bekalan asas yang semakin berkurangan

Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil oleh negara global untuk menghulurkan bantuan, dari segi ubat-ubatan, makanan dan lain-lain.

Salah satunya, melalui misi Global Sumud Flotilla (GSF) merupakan satu misi kemanusiaan antarabangsa yang bertujuan menunjukkan keprihatinan dan solidariti kepada apa yang terjadi untuk rakyat Palestin di Gaza.

Bukan itu sahaja, misi ini juga bertujuan untuk membuka mata masyarakat seantero dunia dengan apa yang berlaku di negara tersebut.

Rakyat Gaza kutip serpihan kapal di kawasan perairan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan ramai penduduk Gaz mengutip beberapa bahagian serpihan kapal yang dipercayai dari kapal armada GSF tempoh hari.

Menerusi satu rakaman video dari @abd.pix96/@globalsumudflotilla di Instagram, serpihan kapal yang terdampar di persisiran pantai tersebut.

"Serpihan bangkai kapal Global Sumud Flotilla telah terdampar di pesisir Al-Mawasi di selatan Gaza, di mana penduduk berkumpul untuk mengabil apa sahaja yang masih boleh digunakan," kongsi laman GSF.

GSF Pecah Sekatan Israel

Walaupun kapalnya rosak dan terdampar di Al-Mawasi, penduduk tetap mengambil panel solar serta barangan yang masih boleh digunakan.

Dalam keadaan serba kekurangan, apa yang bagi sesetengah orang hanyalah sisa, bagi rakyat Gaza ia masih lagi satu harapan

Kredit: @abd.pix96/@globalsumudflotilla

Keadaan ini turut menggambarkan realiti kepahitan hidup yang dihadapi oleh penduduk di sana.

"Sisa sebuah kapal yang musnah boleh menjadi sumber harapan dan jalan untuk terus hidup bagi penduduk yang sedang berjuang untuk bertahan," tambahnya.

Kredit: @abd.pix96/@globalsumudflotilla

Meurut GSF, serpihan berkenaan dipercayai peninggalan daripada kapal yang dimusnahkan di perairan antarabangsa, dinaiki para aktivis yang telah ditahan.

"Bot boleh dimusnahkan, manusia boleh ditahan. Tapi, kebebasan tidak boleh dihentikan. Kebebasan akan sentiasa menemukan jalannya," tulisnya lagi.

Sumber:@abd.pix96