Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penang Autoshow Catat Sejarah Baharu

Azmil
PENANG AUTOSHOW CATAT SEJARAH

Penang Autoshow Catat Sejarah Baharu

Baru-baru ini satu sejarah automotif tercipta apabila Penang Autoshow 2026 berjaya dianjurkan di Penang Waterfront Convention Centre.

Penang Autoshow adalah 'baby' kepada KL Autoshow yang dianjurkan MARii dua tahun sekali.

Ini kali pertama MARii menganjurkan pameran automotif di wilayah utara Semenanjung Malaysia dan berjaya meraih 38,815 pengunjung.

Selain itu, ia juga menjana RM201.96 juta potensi jualan sepanjang tiga hari pameran berlangsung.

Berikut adalah sorotan Penang Autoshow yang berjaya catat sejarah:

Menjana Keyakinan Pengguna: Pameran ini berjaya merekodkan lebih 439 tempahan kenderaan dan lebih 930 pandu uji dicatatkan.

Model-model Utama Ditayang dan Dilancarkan: Pengunjung menjadi saksi kepada enam model baru yang membuat penampilan pertama di Malaysia termasuk Jetour T1, GWM Tank 300 HEV, Proton e.MAS 5 in Jade Green, Hyundai IONIQ 5 N, IONIQ 6 N, IONIQ 9 dan Denza Z9 GT.

Pameran Gaya Hidup dan Industri: Menampilkan jenama legend dari Dunlop yang buat comeback ke Malaysia mempamerkan tayar khas untuk EV.

Promosi dari Carsome dan pertunjukkan cahaya dari Tesla dan persembahan sempena Hari Pekerja dari ikon rock negara, Dato' Awie.

Dirasmikan Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang: Rakaman penghargaan juga diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberi sokongan penuh kepada penganjuran ini.

Pameran juga berjaya dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow dan lawatan rasmi dari Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Taib.

Hadiah Lumayan Untuk Pengunjung: Seorang pengunjun bertuah berjaya memenangi Chery Tiggo 7 PHEV CSH melalui peraduan "Tempah Kereta, Menang Kereta".

Manakala, Siti Raemah membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah iaitu JAECOO J5.

Jumpa lagi di Johor Autoshow bulan Ogos nanti.