Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rasa Macam Kismis, Biskut Tebuan Dapat Sambutan Tinggi Di Jepun

Aina Munirah
biskut tebuan
Kredit: Oddity Central

Rasa Macam Kismis, Biskut Tebuan Dapat Sambutan Tinggi Di Jepun

Pada pertengahan tahun 2010-an lalu, salah seorang ahli kelab peminat tebuan penggali tempatan yang dikenali sebagai Omachi Jibachi Aikokai telah bekerjasama dengan seorang pembuat roti tempatan untuk menghasilkan biskut berasaskan tebuan yang dikenali sebagai Jibachi Senbei, lapor Oddity Central.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, tebuan sebenarnya mempunyai kandungan protein yang paling tinggi antara semua serangga yang boleh dimakan.

Namun, perkara itu bukanlah faktor utama ia dimakan, sebaliknya keunikan dan kelainannya yang menjadi tarikan.

Kredit: Oddity Central

Menurut portal Oddity Central, snek ini dihasilkan dengan menambahkan tebuan penggali yang telah dikeringkan ke dalam adunan.

Menurut pembuatnya, spesies tebuan yang digunakan ialah Vespula flaviceps atau dikenali juga sebagai Kurosuzume bachi, iaitu sejenis tebuan penggali yang selamat dimakan oleh manusia.

Walaupun begitu, snek ini lebih dikenali sebagai makanan eksotik berbanding hidangan lazat tradisional.

"Proses penghasilannya bermula dengan dengan penangkapan tebuan di kawasan hutan oleh pemburu tempatan. Tebuan tersebut kemudian direbus dan dikeringkan. Akhir sekali, barulah ia diserahkan kepada pembuat biskut untuk dicampurkan ke dalam adunan," tambahnya.

Tambahnya lagi, doh biskut ini dikatakan mempunyai rasa yang sedikit manis, manakala tebuan kering memberikan tekstur dan rasa yang diumpamakan seperti kismis hangus.

Kredit: Oddity Central

Walaupun snek ini dianggap pelik oleh sesetengah pihak, ia masih mendapat sambutan yang sangat tinggi sebagai salah satu makanan noveltinya di Jepun, terutama dalam kalangan warga emas.

Bukan itu sahaja, bau yang terhasil apabila pek dibuka juga sering digambarkan menyerupai makanan ikan, namun ia tidak menghalang penggemar makanan unik daripada mencubanya.

Kini, snek tersebut boleh didapati di pasar tempatan dan kedai gourmet terpilih di Omachi.

Malah, terdapat pelancong yang datang khas ke bandar tersebut semata-mata untuk merasai sendiri biskut tebuan yang unik ini, menjadikannya salah satu produk makanan eksotik yang menarik perhatian di Jepun.