Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemberian Baucar Buku RM100 Bagi Sekolah Menengah Dilaksana Dalam Masa Terdekat - KPM

BERNAMA
Pemberian Baucar Buku
Kredit: Bernama

Pemberian Baucar Buku RM100 Bagi Sekolah Menengah Dilaksana Dalam Masa Terdekat - KPM

PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawahnya dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan dan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar.

"Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha KPM untuk menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pengetahuan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Beliau berkata inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).