Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peluru Kereta Kebal Meletup Ragut Tiga Nyawa Tentera

Azizah Najib
PELURU KERETA KEBAL MELETUP TENTERA
Kredit: Jiji/AFP

Peluru Kereta Kebal Meletup Ragut Tiga Nyawa Tentera

Tokyo -- Tiga anggota tentera maut selepas berlaku letupan tidak sengaja dalam sebuah kereta kebal semasa latihan ketenteraan di Jepun pada Selasa, lapor AFP yang memetik kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi.

Kemalangan luar biasa itu berlaku di kawasan latihan yang digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) Jepun di wilayah Oita, barat daya negara itu.

Menurut Takaichi, peluru kereta kebal meletup secara tidak sengaja di dalam kenderaan tersebut, mengakibatkan tiga kru yang berada di dalam maut manakala seorang lagi cedera.

Butiran mengenai punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Insiden yang berlaku ini amat dikesali. Takziah,” ucap Takaichi.

Sumber:AFP