Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelanggan Rembayung Capai 100 Peratus Kapasiti, Kini "Full House" Setiap Hari
Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memilik puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
Seperti diketahui, KA telah membuka restoran Rembayung sejak 6 Januari lalu.
Sejak itu, orang ramai bertungkus lumus untuk mendapatkan tempahan bagi menjamu hidangan masakan Melayu di situ.
Menerusi hantaran khairulaming di Threads, Restoran Rembayung kini mencatat pencapaian membanggakan apabila operasi mereka telah mencapai 100 peratus kapasiti selepas melalui fasa perkembangan berperingkat sejak empat bulan lalu.
Pada peringkat awal operasi, Rembayung hanya beroperasi pada 40 peratus kapasiti bagi memberi ruang kepada kakitangan menyesuaikan diri dengan aliran kerja dan operasi restoran.
Sepanjang tempoh tersebut, pihak pengurusan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah tenaga kerja, memperkemas prosedur operasi standard (SOP) serta menambah baik gerak kerja harian.
"Now kita dah terima 1 ribu customers setiap hari, dengan full house 4 kali sehari bermula early lunch, late lunch, petang dan malam, termasuk customers untuk slot takeaway tengah hari dan petang," ujarnya.
KA turut merakamkan penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan berterusan yang diberikan sejak awal pembukaan sehingga kini.
