Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Malaysia Kongsi Pengalaman 'Ngeri' Ketika Singgah Makan Di Restoran Popular Jakarta

Iqbal Yasir
Pelancong Malaysia
Threads @ainmyunus

Pelancong Malaysia Kongsi Pengalaman 'Ngeri' Ketika Singgah Makan Di Restoran Popular Jakarta

Melancong ke luar negara sememangnya menjanjikan pengalaman yang cukup indah, apatah lagi jika destinasi tersebut menawarkan pemandangan memukau dan budaya yang unik.

Namun, faktor bajet sering kali menjadi penghalang utama buat kita yang ingin 'terbang' jauh.

Bagaimanapun, berita baik untuk rakyat Malaysia bila mata wang Rupiah (Indonesia) mengalami kejatuhan nilai sekali gus menjadi 'lubuk' paling berbaloi untuk disinggahi.

Secara tidak langsung rakyat Malaysia mampu menikmati percutian lebih mewah tanpa fikir dua kali dan memborong sakan di Bandung atau Jakarta.

Namun, siapa sangka percutian yang sepatutnya menyeronokkan boleh bertukar menjadi mimpi ngeri hanya disebabkan sekeping resit?

Baru-baru ini, tular satu perkongsian rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman hitam ketika menggembara ke negara yang dipenuhi keindahan geografi gunung berapi itu.

Pelancong Malaysia Dituduh Lari Tak Bayar Bil Makan

Menurut perkongsian seorang warga Malaysia di Threads, memberitahu bahawa kumpulan mereka telah dituduh tidak membayar bil makanan di sebuah restoran terkemuka di Jakarta, Indonesia.

Singgah Makan Sebelum Gerak Ke Bandung

Kejadian berlaku pada 13 Mei lalu apabila dia bersama lima lagi rakan tiba di Jakarta.

Mereka kemudiannya memutuskan untuk singgah makan di sebuah restoran yang cukup popular dan sering menjadi tumpuan pelancong Malaysia.

"Flight awal pagi, masing-masing dah penat. So decide untuk makan dulu sebelum naik Whoosh ke Bandung," kongsinya.

Menurutnya, mereka memesan sekitar sembilan jenis lauk dengan jumlah bil keseluruhan mencecah Rp907,500.

Selepas membuat bayaran, kumpulan ini meneruskan perjalanan menaiki kereta api laju Whoosh menuju ke Bandung seperti yang dirancang.

Tiba-Tiba Viral Lepas 3 Hari

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila pemandu pelancong mereka membawa satu khabar yang tidak disangka ketika mahu mendaftar keluar dari hotel.

Difahamkan, pengurusan restoran terbabit didakwa telah menularkan wajah mereka di media sosial dengan menuduh kumpulan pelancong ini beredar tanpa membayar bil.

Lebih menghairankan, isu berkenaan dibangkitkan selepas mereka singgah ke restoran berkenaan.

Susulan khabar berkenaan, dia dan rakan lain nyata terkejut dan tidak puat hati dengan tuduhan yang dilontarkan secara melulu.

"Kitorang macam tak puas hati la sebab kitorang memang bayar walau pun masa makan tu kitorang ada la melawak cakap nak lari sorang-sorang sebab nak suruh kawan kitorang yang sorang tu bayar. Bukan kitorang lari terus tak bayar.

Resit Jadi Benteng Sangkal Tuduhan Melulu Tak Bayar Bil

"Masing-masing cari balik resit makan kat restoran sebab tak pasti siapa last pegang resit. Sementara cari tu, kitorang screen shoot bukti yang kitorang bayar guna card and bagi kat travel agent yang bawak kitorang tu. Biar dia bagi dulu bukti yg kitorang memang bayar.

"Lepas selongkar beg, baru jumpa resit tu. Bayangkan kalau kitorang bayar cash dan resit tak jumpa. Memang takde bukti langsung

Restoran Akui, Rupanya Berpunca Salah Komunikasi

Selepas diasak dengan bukti yang tidak boleh disangkal, pihak pengurusan restoran akhirnya akur dan mengakui wujudnya masalah salah komunikasi dalam organisasi mereka.

Bagi memulihkan imej pelancong Malaysia serta agensi terlibat sekaligus mengelakkan sebarang komplikasi dengan pihak imigresen ketika waktu pulang, ejen pelancongan mereka telah mendesak satu permohonan maaf secara rasmi dibuat.

Akur dengan tuntutan itu, pihak restoran tampil memuat naik video dan kenyataan bertulis sebagai tanda permohonan maaf, sekali gus noktah kepada kemelut tersebut.

Meskipun masih dibaluti tanda tanya mengapa mereka menjadi sasaran tuduhan melulu, mangsa yang juga pelancong Malaysia memilih untuk berlapang dada dan menganggap isu ini selesai.

"Lepas management buat video permohonan maaf ni, kitorang anggap je la case closed. Tapi nak datang lagi, mungkin tidak. Bukan nak burukkan, cuma nak buat awareness simpanlah resit korang kalau pergi luar negara," luahnya.