Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali Cik Man menghembuskan nafas terakhir pada Rabu.
Berita duka ini disahkan oleh Amir Raja Lawak menerusi hantaran di Facebook.
"Dimaklumkan, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Farok dan jugak Cik Man, baharu sahaja meninggalkan kita semua
"Semoga arwah Abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga, aamiin ya rabbal alamin," katanya.

Terdahulu, Amir memaklumkan bahawa pelakon berusia 67 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah kerana saluran jantung tersumbat.
Menurutnya, Cik Man berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan.
Memetik Bernama, Allahyarham mula dikenali menerusi watak antagonis ikonik ketua Kumpulan Gagak Hitam dalam filem klasik Malaysia Gila-Gila Remaja pada 1986, filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid serta beberapa filem lain.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan