Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Popular Thai & Bintang Drama Bersiri Netflix ‘The Stranded’ Meninggal Dunia

pelakon the stranded

Pelakon terkenal Thailand yang juga bintang siri The Stranded, Beam Papangkorn Lerkchaleampote yang baru berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia pada Rabu.

Memetik daripada laporan Bangkok Post, mendiang ketika itu tidur di bilik tidur dan ibunya cuba mengejutkannya tidur namun tiada respon. Dia kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun gagal diselamatkan.

Jurucakap agensi yang menaungi pelakon berkenaan mengesahkan kematiannya, namun tidak mendedahkan punca kematian mendiang.

Mendiang merupakan seorang pelakon yang terkenal dan banyak membintangi drama bersiri yang ditayangkan di Netflix antaranya Nong Mai Rai Borisut, Rueng Lap Lang, Mister Merman, Sleepless Society: Bedtime Wishes, Bang Rachan dan Blue Wave.

Selain, beliau juga pernah berlakon dalam siri televisyen Project S: SPIKE pada tahun 2017 dan Blacklist pada 2018. Kali terakhir kemunculannya adalah sebagai pelakon adalah melalui drama bersiri The Stranded pada tahun 2019.

BACA: Jalan Berlubang Tanggungjawab Siapa? Ramai Ingat Semua Tugas Kementerian Kerja Raya, Sebenarnya Tidak, Kena Semak Dulu Jalan Milik Siapa

Terdahulu, kematian tragik melibatkan seorang lagi pelakon Thailand, Tangmo Nida turut mencuri tumpuan dunia. Mayat mangsa ditemui pada 26 Februari lalu dan disahkan mati lemas selepas didakwa terjatuh daripada bot laju di sebuah tasik di Thailand.

Misteri yang menyelubungi kematian pelakon tersebut membuatkan para netizen memberi tumpuan khusus terhadap laporan-laporan siasatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa disana.

Malah, segelintir netizen turut secara aktif ‘melibatkan’ diri dalam penyiasatan kes ini. Perkongsian pelbagai teori menarik yang didakwa menjadi punca kepada pemergian mendiang menjadi trending di pelbagai platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Sumber: Bangkok Post