Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Breaking Bad, RJ Mitter Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

Rj Mitter Meninggal
Kredit: AFP

Pelakon Amerika Syarikat, RJ Mitte, yang dikenali menerusi wataknya sebagai anak kepada raja dadah Walter White dalam siri drama Breaking Bad, meninggal dunia pada usia 34 tahun.

“Dengan penuh dukacita, kami memaklumkan pemergian tragis pelakon kesayangan, dermawan dan pejuang hak golongan orang kurang upaya, RJ Mitte,” kata wakilnya kepada BBC.

Rj Mitter Meninggal Dunia

Jabatan Polis Brownsville mengesahkan pemergian pelakon itu dalam kenyataan kepada BBC.

Difahamkan, Mitte meninggal dunia dipercayai di kediamannya di Brownsville, Texas.

Bagaimanapun, punca kematiannya belum diketahui setakat ini.

Polis memaklumkan tiada unsur jenayah disyaki dan masih dalam siasatan.

Mendiang cukup terkenal dalam drama Breaking Bad yang disiarkan selama lima musim menerusi penyiar kabel Amerika Syarikat, AMC, dari 2008 hingga 2013.

Antara karya lakonan Mitte yang lain ialah Hannah Montana, Switched at Birth, Westhampton dan projek terbaharunya, Talking to Strangers, yang diterbitkan awal tahun ini.

Sumber:BBC
Intipati
  • RJ Mitte, pelakon Breaking Bad, meninggal dunia pada usia 34 tahun.
  • Wakilnya memaklumkan pemergian itu kepada BBC, disahkan Jabatan Polis Brownsville.
  • Punca kematian belum diketahui, manakala polis memaklumkan tiada unsur jenayah disyaki.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan