Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selangor melancarkan program sarapan percuma kepada kira-kira 120,000 pelajar di 965 sekolah bermula Ogos ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata program itu merangkumi sekolah rendah, menengah, sekolah agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan institusi berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
"Dua hingga tiga kali seminggu, pelajar yang dikenal pasti melalui data JPN Selangor akan menerima sarapan bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan.
"Negara maju seperti Finland dan United Kingdom telah lama membuktikan bahawa sarapan percuma bukanlah pembaziran sebaliknya pelaburan.
"India memperkenalkannya pada 2022 dan menyaksikan peningkatan kehadiran serta penurunan keciciran pelajar secara ketara," katanya.

Menurutnya lagi, Selangor sedang melangkah ke arah yang sama dengan menjadikan sekolah bukan setakat tempat belajar selesa malah tempat yang menjamin kesejahteraan setiap kanak-kanak.
"Penerima pun sudah dikenal pasti. Mekanisme hampir sama dengan Rancangan Makanan Tambahan yang telah lama berjalan.
"Yang paling penting, ini antara usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu ibu bapa akibat krisis Asia Barat yang melanda," katanya lagi.