Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Papa ‘Megah Holding’ Pun Ada, Ini Senarai ‘Cameo’ Dalam Filem Senario Lagi Yang Dah Veteran Sekarang

Servis Penstriman popular, Netflix ketika ini banyak menayangkan filem-filem retro Malaysia seperti filem Senario The Movie, Senario Lagi, Senario Lang Buana dan banyak lagi. Usaha Netflix ini sedikit-sebanyak berjaya mengimbau semula kenangan sewaktu kecil kita dahulu.

Netflix juga telah menambah baik kualiti filem-filem kepada Definisi Tinggi (HD) dan Definisi Tinggi Ultra (UHD). Dengan kualiti yang jauh lebih baik, kita boleh menikmatinya dengan lebih seronok.

Seorang pengguna di Facebook, Sahe Saludin berkongsi pengalaman beliau menonton filem Senario Lagi di Netflix yang dibintangi oleh Azlee, Wahid, Yaasin, Lan Pet-Pet, Saiful Apek, Umie Aida dan Syanie. Walaupun filem itu ditayangkan kali pertama pada 5 Mei 2000, tapi mungkin ada di antara kita yang tak perasan ramai pelakon-pelakon hebat tanah air menjadi cameo dalam filem arahan Aziz M. Osman ini. Mereka adalah:

Mustapha Kamal: Penjual kereta kapitalis

Zulkifli Zain: Sugar Daddy

Aliah Lee: Pembantu Mazlan

Lydiawati: Jiran Azlee

Ahmad Idham: Doktor

Azhar Sulaiman: Waiter semua habis

Amy Mastura: Polis

Nina Juren: Pelakon drama

Jalaludin Hasan: Pelakon drama

Aziz M Osman: Pekerja Hotel

Jika dilihat senarai nama di atas, kini kebanyakkan mereka sudah menjadi pelakon veteran dan mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulkifli Zain yang sudah meninggal dunia.

Filem Senario Lagi menelan belanja RM1.5 juta dan perbelanjaan itu berbaloi apabila filem pecah panggung dan berjaya mengutip sehingga RM4.37 juta. Dengan jumlah kutipan itu pada tahun tersebut memang sangat luar biasa.

Kumpulan Senario memang tidak asing lagi dalam dunia seni lawak tanah air. Selain dari sitkom di TV3, Senario juga tampil dalam banyak filem seperti Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Senario Lang Buana, Senario Ops Pocot, Senario Beach Boy.

Sumber: Sahe Saludin