Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ozil Mahu Bantu 1,000 Lagi Kanak-Kanak Selepas Taja Pembedahan 219 Orang

Janji yang dinyatakan oleh pemain bintang Arsenal Mesut Ozil berkenaan dengan penajaan pembedahan 1,000 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik bakal tertunai sepenuhnya selepas 219 orang kanak-kanak dilaporkan telah berjaya menjalani pembedahan menerusi dana yang disalurkan olehnya.

Bekas pemain tengah pasukan bola sepak Jerman itu menyatakan hasratnya untuk menaja pembedahan 1,000 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu ketika di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Jun lalu.

Bekas bintang Real Madrid yang memperolehi 350,000 Pound Sterling seminggu itu telah mendirikan rumah tangga bersama dengan bekas Ratu Cantik Turki Amine Gulse pada Jun.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Twitter rasminya pada hari krismas buat peminat yang ingin tahu tentang perkembangan badan amalnya yang bernama BigShoe.

“219 pembedahan telah selamat dilakukan, namun masih ramai lagi yang bakal mendapat bantuan!

“Seperti yang telah diumumkan oleh saya dan isteri saya pada Jun lalu, kami akan menanggung sebanyak 1,000 kos pembedahan yang bakal diterima oleh kanak-kanak yang kurang bernasib baik di serata dunia.

“Jutaan terima kasih buat BigShoe atas kerjasama yang dilakukan semenjak 2 tahun lepas.

“Terima kasih kepada semua tetamu majlis perkahwinan kami, peminat dan pengikut yang turut menyumbang dalam projek ini,” tulisnya.

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: The Sun