Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Ramai Diminta Jangan Panik, MKN Adakan Latihan Keselamatan Di KLIA Esok

MKN Adakan Latihan Keselamatan
Kredit: MKN

Orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 diminta supaya tidak panik sekiranya melihat pergerakan anggota keselamatan, aset operasi atau aktiviti mencurigakan pada Khamis ini.

Iklan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan Latih Amal Keselamatan Exercise Eagle Stealth 2026 di KLIA Terminal 1 bermula dari 9 pagi hingga 11.30 malam.

Bagaimanapun, operasi penerbangan akan berjalan seperti biasa dan latihan ini tidak akan menjejaskan aktiviti serta urusan perkhidmatan penerbangan di KLIA Terminal 1.

MKN Adakan Latihan Keselamatan Esok

“Latih amal ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi antara agensi serta keberkesanan mekanisme tindak balas negara dalam menangani ancaman keselamatan penerbangan awam,” kata MKN.

Susulan itu, orang awam diminta mengambil maklum tentang latihan keselamatan ini dan dinasihatkan supaya kekal bertenang sepanjang tempoh latihan berkenaan.

“Tiada ancaman sebenar berlaku. Semua aktiviti yang dijalankan adalah simulasi kepada latih amal semata-mata,” ujar MKN.

Intipati
  • MKN akan melaksanakan Exercise Eagle Stealth 2026 di KLIA Terminal 1 Khamis ini.
  • Latihan dijadualkan berlangsung dari 9 pagi hingga 11.30 malam di terminal berkenaan.
  • Operasi penerbangan berjalan seperti biasa dan latihan tidak melibatkan ancaman sebenar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan