Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Awam Kongsi Stesen LRT Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat Petang Tadi

Adib Haiqal
Banjir
Kredit: Orang Awam

Orang Awam Kongsi Stesen LRT Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat Petang Tadi

Hujan lebat yang melanda pada sebelah petang tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor dilanda banjir kilat.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh orang awam di media sosial, dipercayai Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil, juga antara lokasi yang terkesan banjir kilat.

LRT Bukit Jalil Dinaiki Air

Menurut perkongsian @hisham.buyong di Threads, dia berkongsi bahawa kali pertama melihat stesen LRT Bukit Jalil dinaiki air, malah situasi tersebut disifatkan sebagai agak menyeramkan.

Dalam klip berdurasi 12 saat itu memaparkan situasi air bertakung di kawasan stesen berkenaan.

Sementara itu, tinjauan SK di media sosial turut mendapati beberapa kawasan lain turut terjejas termasuk Petaling Jaya dan kawasan berhampiran MRT Kuchai Lama yang mula dipenuhi air selepas hujan.

Menerusi perkongsian @pink.malony dan @zamry93, mereka turut memaklumkan keadaan banjir di kawasan tersebut sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati.

Malah, air naik dengan cepat sehingga beberapa kenderaan tidak dapat bergerak, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah.