Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Operasi Tembak Gagak, Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Sementara Esok

taman tasik titiwangsa
Kredit: Google

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, esok.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak.

“Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan.

Sumber: BERNAMA