Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

OMODA | JAECOO Malaysia Capai Mercu Jaya Penting, Perlihatkan Pertumbuhan Pesat dan Keyakinan Pelanggan
KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2025 — OMODA | JAECOO Malaysia telah mencapai mercu jaya penting dengan penyerahan kenderaan ke-20,000, hanya 14 bulan selepas jenama diperkenalkan di Malaysia pada bulan Julai 2024.
Pencapaian ini menunjukkan kepantasan momentum jenama dan kepercayaan kukuh pelanggan di Malaysia. Strategi eksport global syarikat induknya, Kumpulan Chery, yang dipacu oleh matlamat teras untuk menawarkan kenderaan peneraju segmen dan pengalaman pelanggan yang luar biasa turut menyumbang kepada pencapaian tersebut.
Pemangku Pengarah Jualan OMODA | JAECOO Malaysia Clement Yeo, berkata, “Kejayaan mencapai 20,000 pendaftaran kenderaan dalam tempoh setahun lebih sesungguhnya satu detik membanggakan bagi kami dan membuktikan keyakinan yang diletakkan oleh pelanggan Malaysia terhadap OMODA | JAECOO. Mercu jaya ini juga sebahagian daripada pencapaian Kumpulan Chery yang lebih luas, yang telah mencatatkan jualan 5 juta kenderaan di pasaran eksport, dengan lebih 600,000 unit daripada angka ini disumbangkan oleh kenderaan OMODA I JAECOO.”

Penyerahan kenderaan ke-20,000 telah diraikan dengan satu acara sambutan eksklusif untuk pemilik bertema ‘20,000 and Beyond: A Celebration of Trust’ (20,000 dan mercu jaya selanjutnya: Meraikan kepercayaan para pengguna) yang diadakan di Blossom Glass Mansion, Kuala Lumpur. Lebih 100 tetamu menghadiri acara tersebut, yang turut menyaksikan penyerahan sebuah JAECOO J7 PHEV kepada pemilik baharunya, Khirdzir Ali.
Sebagai pelanggan ke-20,000, Khirdzir berkongsi keseronokannya kerana berpeluang menyertai komuniti OMODA | JAECOO, “Saya percaya SUV J7 PHEV menawarkan nilai yang hebat berbanding kereta jenama lain dalam kadar harga dan segmen yang sama.”
Meninjau ke hadapan, beliau berkobar-kobar untuk menikmati keselesaan dan kecekapan J7 PHEV baharu ini dengan seisi keluarganya, “Tahap penjimatan minyak yang mengagumkan satu kelebihan praktikal dan membantu mengurangkan kos penyenggaraan pemanduan saya setiap hari,” beliau menambah.

Menempa reputasi sebagai jenama SUV pencabar premium Malaysia, OMODA | JAECOO mencapai mercu jaya ini berbekalkan prestasi kukuh empat model terasnya, JAECOO J7, JAECOO J7 PHEV, OMODA C9, dan JAECOO J8, serta disokong oleh rangkaian rakan pengedar strategik, dengan hampir 50 lokasi di seluruh negara, sebuah gudang alat ganti terkhusus dan operasi pemasangan tempatan di Shah Alam.
Kejayaan OMODA | JAECOO Malaysia mencerminkan strategi lebih luas Kumpulan Chery. Pada awal tahun ini, Chery menjadi pengeluar kereta China pertama untuk mengeksport lebih daripada 5 juta kenderaan, lalu mengekalkan posisi utama dalam eksport kereta penumpang selama 22 tahun berturut-turut.
Pada bulan Julai 2025, Kumpulan Chery telah mencapai mercu jaya ‘500 Berganda’, yang bersejarah, apabila meningkat naik ke tempat ke-233 dalam senarai Fortune Global 500 dan kedudukan ke-59 dalam Fortune China 500, lonjakan terpantas dalam industri.
Pemacu penting pertumbuhan global Kumpulan Chery ialah strategi rangkaian kuasanya, khususnya Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Pada separuh pertama 2025, NEV meliputi 40% daripada jumlah eksport Kumpulan.
Strategi ini berpacukan Sistem Hibrid Super (SHS) OMODA | JAECOO, yang kini diguna pakai dalam SUV JAECOO J7 PHEV. Seni bina SHS menggandingkan enjin petrol cas turbo 1.5L (141 hp/215 Nm) dengan motor elektrik (204 PS/310 Nm), transmisi hibrid terkhusus, dan bateri Litium Besi Fosfat 18.3 kWj (LFP) .
Sempena dengan mercu jaya ini, OMODA | JAECOO Malaysia akan melanjutkan tawaran pemilikan eksklusifnya. Setiap pembelian JAECOO J7 PHEV baharu kini disediakan bersama khidmat servis percuma selama tujuh (7) tahun atau ganjaran bernilai RM 5,000 hingga Disember 31, 2025.

Sementara itu, pakej pembiayaan dan servis menarik juga disediakan bagi model-model seperti J7 2WD, J7 AWD, C9 2WD dan C9 AWD. Para pelanggan boleh menghubungi pengedar sah terdekat untuk butiran lanjut, dengan promosi berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.
Turut hadir di acara tersebut ialah Irene Tee yang berbangga untuk memiliki dan memaparkan J7 AWD miliknya yang telah mencatatkan 70,000 km dalam masa tidak sampai setahun. Pada kadar lebih tiga kali purata jarak perjalanan tahunan, kenderaannya menunjukkan keutuhan kualiti dan ketahanan kenderaan OMODA | JAECOO.
Sementara itu, peraduan media sosial dalam talian juga telah diadakan sempena acara ini, yang menjemput semua pemilik OMODA | JAECOO untuk berkongsi kisah masing-masing dan memaparkan pengalaman mereka kepada khalayak umum yang lebih luas. Menerusi inisiatif seperti ini OMODA | JAECOO Malaysia ingin terus mengembangkan komuniti pemilik dan platform sosial yang semakin meriah, untuk membina hubungan yang lebih erat dalam kalangan pelanggan di seluruh negara.