Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Satu video tular di media sosial memaparkan beberapa orang penduduk berebut untuk menangkap ikan yang baru sahaja dilepaskan di Sungai Wonogiri, Jawa Tengah.
Menurut Kompas, ikan-ikan tersebut sebenarnya perlu dibiak untuk tujuan pemuliharaan ekosistem sungai.
Video yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna Threads @komadotid telah menjadi perbincangan hangat oleh warga maya.
Menerusi rakaman tersebut, sebilangan penduduk dilihat membawa jaring, pengaut dan baldi untuk menangkap ikan yang dilepaskan dari sebuah talang air.
Ujar Kompas lagi, sebanyak 250 kilogram ikan bawal telah dilepaskan ke dalam sungai tersebut.

Menurut Kompas, pelepasan ikan tersebut merupakan sebahagian dari Program Corportae Social Responsibility (CSR) oleh PT Prima Paper Indonesia (PPI) pada Sabtu lalu di Kabupaten Wonogiri.
Selepas video tersebut tular, Jabatan Makanan, Kelautan dan Perikanan (DKPKP) Wonogiri tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Salah seorang ahlinya, Suryo, berkata pihaknya telah meminta klarifikasi dari PT PPI berkaitan isu tersebut.
"Kami telah meminta penjelasan lanjut dari PT Prima dan telah mendapat maklum balas dari penolong pengurus serta pihak pentadbiran hal ehwal am yang menyatakan mereka benar-benar menjalankan kegiatan tersebut," jelas Suryo.
Ujarnya lagi, pelepasan ikan tersebut sebenarnya telah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 7 Mac, 17 Mac dan 16 Mei tahun ini.

Mengenai aksi penangkapan ikan oleh penduduk itu, Suryo meyatakan mereka bukanlah orang yang dijemput, sebaliknya orang luar.
"Mereka mungkin tidak tahu ikan ini dilepaskan untuk tujuan pembiakan. Sebab itu mereka menangkapnya," jelasnya lagi.
Suryo juga memberitahu pihak PT PPI telah memohon maaf atas insiden tersebut dan berjanji akan melakukan siasatan selanjutnya.
Sebagai tindakan susulan, DKPKP bersama PT PPI juga akan memberikan pendidikan dan pemerhatian kepada masyarakat berkaitan pelepasan ikan di perairan darat agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Video tersebut juga telah menuai pelbagai reaksi dan respon dari pengguna media sosial lain.
"Berikan ikan kepada penduduk, maka penduduk akan kenyang seharian. Berikan ikan kepada sungai, maka penduduk akan kenyang berhari-hari," tulis salah seorang pengguna.
"Lain kali lepaskan anak ikan seluang, anak ikan sesirat, anak ikan sepat, anak ikan sebarau. Jangan buat pengumuman, diam-diam je, cukup rakam guna telefon untuk laporan," komen seorang lagi.
"Ini gambaran ketika ada peruntukan dana dari pusat. Orang di bawah sudah siap-siap mengambilnya," tulis pengguna lain.