Pengguna jalan raya yang merancang perjalanan ke Kuala Lumpur pada Ahad ini, 27 September 2026, dinasihatkan mengambil perhatian susulan penutupan dan lencongan trafik di beberapa jalan utama sempena penganjuran Coway Run 2026.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) memaklumkan penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula seawal jam 3.30 pagi bagi memberi laluan kepada program yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Acara berkenaan dijangka menarik kira-kira 10,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk atlet tempatan dan melibatkan tiga kategori utama iaitu larian 30 kilometer (km) bermula jam 4 pagi, larian 10km pada jam 5.15 pagi serta larian 5km Fun Run pada jam 7 pagi.
34 jalan terlibat
Menurut JSPT KL, penutupan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan sepanjang acara berlangsung.
Antara jalan yang terlibat ialah:
Jalan Stadium
Jalan Maharajalela
Jalan Dewan Bahasa
Jalan Bukit Petaling
Jalan Bellamy
Jalan Hang Tuah
Jalan Hang Jebat
Jalan Sultan Ismail
Jalan Raja Chulan
Jalan Conlay
Jalan Kia Peng
Jalan Perak
Jalan P. Ramlee
Jalan Ampang
Jalan Raja Laut
Jalan Putra
Jalan Tun Ismail
Jalan Tunku
Jalan Langgak Tunku
Jalan Pinggiran Tunku
Jalan Girdle
Jalan Bukit Tunku
Jalan Sultan Salahuddin
Lebuhraya Sultan Iskandar
Jalan Persiaran Sultan Salahuddin
Jalan Parlimen
Jalan Dato Onn
Bulatan Dato Onn
Jalan Kinabalu
Jalan Tun Perak
Jalan Pudu
Jalan Sultan
Jalan Petaling
Bulatan Merdeka
Penutupan jalan dijangka bermula seawal jam 3.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat selepas acara tamat, tertakluk kepada keadaan semasa.
Rancang perjalanan lebih awal
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan yang terlibat sepanjang tempoh acara berlangsung serta merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.
Pengguna jalan raya turut digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel atau perkhidmatan e-hailing bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Orang ramai juga diminta mematuhi arahan anggota polis serta petugas trafik yang bertugas di lokasi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan.
Selain itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengamalkan pemanduan berhemah dan bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan yang terlibat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

