Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Temerloh: Dua Mangsa Rentung Dipercayai Ibu Dan Anak

Nahas Temerloh
Kredit: Bernama

KUANTAN, 14 Ogos (Bernama) -- Dua mangsa yang maut selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebuah lori tangki membawa muatan bahan api sebelum terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, petang tadi dipercayai ibu dan anak.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Bezza itu dipercayai seorang wanita berusia 39 tahun dan anak lelakinya, berumur 12 tahun, yang disahkan maut di tempat kejadian.

"Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata siasatan awal mendapati lori tangki yang membawa 32,000 liter diesel dari Seremban menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Berdasarkan keterangan waris si mati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jerantut ke Seremban. Pertembungan itu telah menyebabkan treler tangki menghempap kereta berkenaan dan kedua-dua kenderaan terbakar," katanya.

Mohd Nasyim berkata pemandu lori berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.

Beliau berkata proses bedah siasat akan dijalankan esok.

Intipati
  • Polis mengesahkan dua mangsa dipercayai rentung ialah ibu berusia 39 tahun dan anaknya.
  • Kereta Perodua Bezza dinaiki mangsa dihempap lori tangki diesel sebelum kedua-dua kenderaan terbakar.
  • Pemandu lori berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan