Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dengkil, 5 Jun - Dengan pembeli rumah yang semakin selektif dalam pasaran kediaman hari ini, permintaan kian beralih ke arah pembangunan pinggir bandar yang menawarkan akses strategik, susun atur praktikal dan kemudahan harian yang serba lengkap.
Menyedari perubahan ini, Myra, selaku segmen pembangunan kediaman Oriental Interest Bhd (OIB), memperkenalkan Myra Embun, sebuah pembangunan bercampur baharu di Jenderam yang direka bagi memenuhi pertumbuhan kawasan pinggir Putrajaya.
Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 5.08 ekar, Myra Embun menggabungkan kediaman servis, ruang peruncitan dan sebuah hotel butik dalam satu pembangunan bersepadu yang telah menempatkan ia di antara pembangunan bercampur terawal di Jenderam, Dengkil.
Terletak hanya 5 km dari Putrajaya dan dihubungkan melalui jaringan lebuh raya termasuk MEX, PLUS dan
Lingkaran Putrajaya, Myra Embun berada di lokasi strategik yang menerima impak positif, hasil, daripada pembangunan berdekatan seperti Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang, yang terus berkembang pesat.
Data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan pasaran kediaman kini semakin selektif, khususnya dalam segmen perumahan berstrata, di mana pembeli semakin mengutamakan ketersambungan, susun atur praktikal dan pelbagai pilihan gaya hidup bersepadu.

Data tersebut turut menunjukkan aktiviti pasaran kediaman yang kekal aktif di seluruh Selangor serta koridor pertumbuhan sekitar Kuala Lumpur Raya.
Myra Embun turut mengukuhkan kehadiran Myra di kawasan tersebut susulan sambutan positif terhadap fasa-fasa kediaman terdahulu di pembangunan Myra Saujana yang berhampiran.
Pengembangan berterusan ini mencerminkan keyakinan Myra terhadap potensi pertumbuhan kediaman jangka panjang di kawasan berkenaan serta permintaan pembeli yang terus berkembang.
Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra berkata, pembeli hari ini mempunyai cita rasa yang lebih tinggi apabila menilai ciri-ciri dalam sesebuah rumah.

"Selain lokasi, mereka kini lebih menitikberatkan susun atur yang luas, aksesibiliti dan persekitaran yang dirancang dengan baik untuk menyokong gaya kehidupan keluarga dalam jangka panjang," ujarnya.
Myra Embun menampilkan dua menara kediaman dengan 594 unit kediaman servis yang akan dibangunkan dalam dua fasa.
Ia menawarkan lima jenis susun atur dengan keluasan antara 700 kaki persegi hingga 1,490 kaki persegi, merangkumi unit dua, tiga dan empat bilik tidur.
Harga indikatif bagi Myra Embun bermula dari RM250,000.
Akil menambah bahawa susun atur yang lebih luas direka bagi memenuhi keperluan pembeli rumah kali pertama, keluarga muda serta pembeli yang ingin menaik taraf ke ruang kediaman yang lebih selesa, ketika kebanyakan pembangunan kediaman baharu yang lain kini cenderung menawarkan keluasan binaan yang lebih kecil.
Selain komponen kediaman, Myra Embun turut mengintegrasikan ruang peruncitan, premis makanan dan minuman (F&B), pasar raya, kemudahan pengecasan kenderaan elektrik dan hotel butik bagi mewujudkan persekitaran yang lebih mampan berteraskan kemudahan harian dan aksesibiliti.
Projek ini juga merangkumi fasiliti gaya hidup dan komuniti termasuk ruang kerja kongsi, kawasan pertanian komuniti, dewan serbaguna, taman permainan berbumbung, dan kemudahan rekreasi yang bertujuan menggalakkan interaksi sosial serta memupuk pembinaan komuniti.

“Dengan perkembangan kawasan segi tiga Putrajaya–Cyberjaya–Dengkil sebagai hab pekerjaan, pendidikan dan infrastruktur digital yang semakin matang, kami percaya permintaan terhadap kediaman yang menawarkan aksesibiliti serta keseimbangan gaya hidup pinggir bandar akan terus kekal kukuh,” kata Akil Hassan.
Di teras falsafah perancangan Myra Embun ialah konsep tikar, yang diilhamkan daripada budaya tradisional Melayu yang melambangkan kebersamaan dan semangat berkumpul.
“Sejak turun-temurun, tikar menjadi ruang untuk orang ramai berkumpul, berkongsi cerita, menikmati hidangan dan meluangkan masa bersama dalam kehidupan seharian.
"Kami ingin mentafsirkan semula semangat itu di Myra Embun menerusi suasana tropika moden dengan ruang komuniti berlandskap yang menggalakkan interaksi lebih bermakna serta rasa kekitaan yang lebih erat,” kata Akil Hassan.
Myra Embun turut menawarkan parkir di aras yang sama bagi unit-unit di tingkat kediaman terpilih, pakej kelengkapan dan perhiasan rumah separa serta sistem keselamatan kad akses pintar untuk meningkatkan keselesaan dan ketenangan penghuni.
Pendaftaran penyataan minat untuk Myra Embun kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web Myra Embun (https://www.myra.com.my/myra-homes/myraembun/) atau Instagram (https://www.instagram.com/myra.embun/).