Kad pengenalan merupakan antara dokumen penting yang diperlukan dalam pelbagai urusan rasmi, selain menjadi identiti utama setiap warganegara Malaysia.
Seiring perkembangan teknologi dan keperluan semasa, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini melaksanakan pengeluaran MyKad Generasi Baharu dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Hari ini, 17 September, urusan pengeluaran MyKad Generasi Baharu boleh dibuat di cawangan JPN di seluruh negara, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan kad pengenalan dengan ciri terkini.
Pelaksanaan ini juga memudahkan urusan mereka yang perlu membuat permohonan atau penggantian MyKad.
Bagi yang merancang untuk berurusan dengan JPN, terdapat beberapa cawangan terpilih yang menawarkan kemudahan cetakan MyKad pada hari yang sama.
Jadi, sebelum hadir ke cawangan JPN, ini senarai lokasi yang menyediakan kemudahan tersebut untuk memudahkan urusan anda.
Senarai 40 cawangan JPN cetakan hari yang sama
Sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi Pusat Cetakan bersedia untuk mencetak MyKad Generasi Baharu dengan tempoh siap pada hari yang sama.
Kuala Lumpur/Putrajaya: UTC Keramat, UTC Kuala Lumpur, UTC Sentul, JPN Kuala Lumpur, JPN Putrajaya
Selangor: UTC Selangor, JPN Selangor, JPN Petaling Jaya
Pulau Pinang: JPN Seberang Perai Utara, UTC Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang, UTC Seberang Perai
Perak: UTC Perak, JPN Perak
Kedah: UTC Kedah, JPN Kedah, UTC Sungai Petani
Perlis: UTC Perlis
Johor: UTC Pasir Gudang, UTC Johor, JPN Johor
Melaka: JPN Melaka, UTC Melaka
Negeri Sembilan: UTC Negeri Sembilan
Pahang: JPN Pahang, UTC Pahang
Terengganu: UTC Terengganu, JPN Terengganu, JPN Dungun
Kelantan: JPN Kelantan, UTC Kelantan
Sabah: UTC Keningau, UTC Sabah, JPN Tawau, JPN Sandakan
Sarawak: UTC Sibu, UTC Miri, JPN Sarawak, UTC Sarawak
W.P. Labuan: JPN Labuan
Bagi cawangan JPN yang tidak mempunyai kemudahan cetakan, permohonan MyKad Generasi Baharu masih boleh dibuat dengan tempoh siap lima (5) hari bekerja.


