Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi Jabatan Mufti negeri Sembilan menyatakan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan tentang Covid-19.
Berdasarkan situasi gelombang kedua Covid-19 di Malaysia dan terdapat peserta yang menghadiri Majlis Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan positif, Muzakarah berpandangan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat jemaah dan solat jumaat ditangguh selama sepuluh hari bermula 17 Mac hingga 26 Mac 2020.
Dalam tempoh tersebut, masjid dan surau dinasihatkan membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah berjaga-jag mengelak dari jangkitan.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

