Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minta Sunting Gambar Rambut Kemas Sikit, Lain Pula Jadi Lihat Karya Tukang Edit
Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.
Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti.
Kini, telefon pintar turut dibekalkan dengan kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.
Dalam era digital masa kini, keupayaan individu untuk menyunting gambar bukan lagi sesuatu yang asing malah telah menjadi satu bentuk ekspresi diri yang semakin popular.
Setiap orang, sama ada secara formal atau tidak, mempunyai tahap kemahiran dan kreativiti tersendiri dalam mengolah imej untuk pelbagai tujuan seperti hiburan, pembelajaran atau penyebaran maklumat.
Dengan perkembangan teknologi yang pesat, peluang untuk mempelajari teknik penyuntingan semakin mudah diakses, membolehkan sesiapa sahaja menonjolkan bakat kreatif mereka tanpa perlu memiliki latar belakang profesional.
Keunikan setiap karya yang dihasilkan mencerminkan perbezaan gaya, idea dan penekanan terhadap elemen tertentu, sekali gus menonjolkan personaliti dan daya cipta individu.

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Liaa Nasir telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Dalam hantaran itu, dia memohon pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar suaminya agar rambutnya kelihatan kemas selepas ditiup angin.
"Nak mintak tolong editkan gambar rambut husband saya terletak helok..." kongsinya.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing
Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar
Apa yang melucukan, penyunting gambar ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda di bawah.







