Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MindNexis Lancar Pusat Kesihatan Mental Bersepadu Di Bangsar, Tawar Rawatan Psikiatri & Psikologi Komprehensif

Dalam usaha memperkukuh kesejahteraan mental rakyat Malaysia, MindNexis hari ini melancarkan sebuah pusat kesihatan dan kesejahteraan mental multidisiplin yang menawarkan perkhidmatan psikiatri, psikologi dan kaunseling secara bersepadu.

Terletak di Bangunan Bangsaria, Bangsar, pusat ini dibangunkan sebagai hab penjagaan kesihatan mental sehenti yang memberi tumpuan kepada rawatan diperibadikan, berasaskan bukti klinikal serta pendekatan berteraskan empati dan hubungan kemanusiaan.

Pelancaran ini hadir ketika isu kesihatan mental terus menjadi antara penyumbang utama ketidakupayaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, dianggarkan hampir satu juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami depresi — dan angka tersebut berkemungkinan meningkat dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MindNexis, Suresh Venkatachari berkata, keperluan kesihatan mental dan perkembangan neuro setiap individu berubah mengikut peringkat kehidupan.

“Penyediaan perkhidmatan yang tepat, responsif dan diperibadikan amat penting bagi memastikan kesejahteraan mental jangka panjang dapat dicapai,” katanya.

Menurut beliau, pusat tersebut dibina dengan komitmen untuk menyediakan persekitaran selamat dan inklusif, sekali gus membolehkan setiap individu berasa dihargai dan disokong dalam perjalanan pemulihan mereka.

Pendekatan Multidisiplin Di Bawah Satu Bumbung

Sempena pelancaran, satu sesi perbincangan panel bertajuk “Bridging the Gap: The Power of Multidisciplinary Care”turut diadakan bagi membincangkan kepentingan penyepaduan perkhidmatan psikiatri, psikologi dan sokongan kesihatan lain dalam meningkatkan kualiti penjagaan menyeluruh.

Panel tersebut menampilkan barisan pakar termasuk Dato Dr Sivamohan S. Namasivayam, Prof. Dr Alvin Lai Onn Ng dari Universiti Sunway serta beberapa pengamal klinikal lain yang berkongsi pandangan mengenai manfaat pendekatan kolaboratif dalam mengurangkan simptom klinikal dan meningkatkan kualiti hidup pesakit serta keluarga.

Perkhidmatan Komprehensif Untuk Semua Peringkat Usia

Pusat MindNexis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk:

  • Pengurusan psikiatri dan ubatan

  • Terapi psikologi

  • Program kesihatan mental dewasa, remaja dan kanak-kanak

  • Terapi pertuturan dan pekerjaan

  • Sokongan neuropsikologi dan kognitif

Selain itu, pusat ini turut memperkenalkan ZILOY, sebuah platform bersepadu berasaskan GenAI yang menggabungkan sains klinikal moden dengan pendekatan holistik seperti yoga dan nutrisi klinikal bagi menyediakan pelan penjagaan yang lebih menyeluruh dan diperibadikan.

Tidak terhad kepada individu, MindNexis juga menawarkan program untuk organisasi, sekolah dan komuniti termasuk ceramah, bengkel serta sesi kesedaran kesihatan mental yang memfokuskan kepada pencegahan dan sokongan awal.

Dengan peningkatan tekanan hidup akibat perubahan gaya hidup, urbanisasi dan globalisasi, penubuhan pusat ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan mental negara.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-8684 4423, emel [email protected] atau melayari laman web rasmi mereka.