Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Belum sempat sampai destinasi, penumpang sebuah tren MRT dikejutkan dengan kemunculan ‘tetamu’ tidak diundang apabila seekor tikus dilihat berkeliaran dalam gerabak.
Momen mencuit hati itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @creativebas yang berseloroh menyamakan tikus berkenaan dengan watak Mickey Mouse.
“Wheee semua happy Mickey Mouse main kat MRT. Akak Cina tu nak potong kaki sudah,” kongsinya.
Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian warga maya yang tampil dengan pelbagai reaksi, termasuk mengaitkan kehadiran haiwan perosak itu dengan kebersihan dalam tren.

Dalam pada itu, Rapid KL menerusi akaun Threads @myrapidkl memaklumkan video berkenaan diterima daripada pengguna lain ketika operasi pagi tersebut.
Menurut Rapid KL, tikus berkenaan telah pun keluar dari tren dan pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu.
“Haiwan tersebut telahpun keluar dari tren. Operasi ambil maklum dan akan terus memastikan kebersihan, keselesaan dan keselamatan penumpang terjaga buat semua,” katanya.
Rapid KL pada masa sama memohon kerjasama penumpang supaya tidak makan dan minum di dalam tren kerana sisa makanan boleh menarik kehadiran haiwan perosak.
“Mohon kerjasama penumpang untuk jaga kebersihan dan tidak makan dan minum di dalam tren dan mengundang haiwan perosak mencari makan di dalamnya,” ujarnya.
Sementara itu, perkongsian tersebut turut mencetuskan kesedaran dalam kalangan warga maya mengenai kepentingan menjaga kebersihan ketika menggunakan pengangkutan awam.
“Ini sebabnya orang tak kasi makan minum dalam coach. Ia menarik haiwan perosak macam ni untuk makan cebisan makanan yang jatuh,” kata @hayyadt.
Seorang lagi pengguna, @anis.solehah123456 menjelaskan, kehadiran tikus mungkin berkait dengan kewujudan sisa makanan di dalam tren.
“Kalau tikus ada, maknanya ada lah sisa-sisa makan dekat dalam kereta api tu,” jelasnya.
Dalam pada itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk berseloroh mengenai ‘penumpang’ baharu tersebut.
“Selain kucing, burung merpati. Ni tikus pula menumpang. Dah la free, tak bayar,” kata @bluesnowprince.
Malah, @adibmuhaimin2 turut berseloroh dengan menyifatkan kejadian itu seolah-olah sesi ‘meet and greet’ Mickey Mouse versi Malaysia.
“Ada rupanya sesi meet and greet Mickey Mouse dekat Malaysia, tak payah pergi Disneyland, excited semua,” komennya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan