Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan negeri Kedah iaitu di Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Sik, Padang Terap, Pendang dan Baling.

Di Pulau Pinang, ia melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Selain itu, hujan lebat juga diramal di negeri Perak iaitu di Kinta, Kampar, Batang Padang, Kuala Kangsar dan Muallim.

Begitu juga di negeri Lipis, Cameron Highlands, Pekan dan Bentong di Pahang.

Amaran turut melibatkan negeri Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Ia juga membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, hujan lebat membabitkan Jelebu. Manakala di Johor pua hanya Kota Tinggi.

Beralih ke Sarawak, cuaca buruk diramal di Serian, Kuching, Samarahan, Kapit (Song), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau, Maradong dan Pakan), Sibu (Kanowit dan Sibu), Mukah (Matu, Daro dan Tanjung Manis), Betong (Betong), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi), Limbang.

Di Sabah, Pedalaman (Pensiangan, Sook, Tenom dan Sipitang), Tawau (Semporna), Sandakan (Tongod) yang terlibat.

MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 7 malam.
  • Amaran melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, merangkumi banyak daerah terpilih.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan