Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Meta Lancar Langganan Berbayar Untuk Instagram, Facebook Dan WhatsApp

Adib Haiqal
Langganan berbayar
Kredit: Gambar AI via Gemini

Meta Lancar Langganan Berbayar Untuk Instagram, Facebook Dan WhatsApp

Meta pada hari Rabu melancarkan pelan langganan berbayar untuk aplikasi utamanya, sekali gus menandakan langkah besar syarikat teknologi gergasi itu untuk mempelbagaikan pendapatan selain bergantung kepada hasil pengiklanan yang telah lama menjadi sumber utama.

Meta Lancar Pelan Langganan Berbayar

Ketua produk Meta, Naomi Gleit, mengumumkan langkah tersebut bahawa beliau melancarkan Facebook Plus, Instagram Plus dan WhatsApp Plus di peringkat global serta lebih banyak pelan sedang dirancang untuk perniagaan, pencipta kandungan dan produk kecerdasan buatan.

Langkah ini dibuat ketika Meta berdepan penelitian daripada pelabur berhubung perbelanjaan besar dalam bidang AI.

Syarikat itu telah mengunjurkan perbelanjaan modal terutamanya untuk pusat data AI antara AS$125 bilion hingga AS$145 bilion bagi tahun tersebut.

Harga saham Meta meningkat hampir tiga peratus selepas berita itu diumumkan.

Menurut laporan, Instagram Plus dan Facebook Plus akan ditawarkan pada harga AS$3.99 sebulan, manakala WhatsApp Plus pula berharga AS$2.99 sebulan.

Instagram Plus dan Facebook Plus akan membuka akses kepada ciri tambahan termasuk analisis yang lebih baik, statistik tontonan semula Stories, capaian audiens yang lebih luas serta pilihan penyesuaian profil.

Sementara itu, WhatsApp Plus memberi tumpuan kepada aspek personalisasi, seperti pelekat premium, nada dering tersuai dan tema aplikasi.

Gleit berkata syarikat itu merancang untuk menggabungkan semua tawaran sedia ada di bawah satu jenama tunggal yang dinamakan Meta One pada masa akan datang.

Pada tahun 2023, Meta memperkenalkan versi berbayar tanpa iklan bagi Facebook dan Instagram di Eropah bagi mematuhi undang-undang privasi data Kesatuan Eropah (EU), sekali gus memberi pengguna pilihan antara pengalaman percuma yang disokong iklan atau versi berbayar tanpa iklan.