Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Bergegar Nyawa Tengok Duit..." Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk
Kredit: @wmfwza

Siapa sahaja yang tidak gembira apabila menerima wang, namun kemunculannya secara tiba-tiba dalam jumlah yang sangat besar boleh menimbulkan pelbagai persoalan.

Lebih-lebih lagi apabila wang tersebut masuk ke dalam akaun tanpa penjelasan, keadaan itu pastinya mengundang rasa bimbang dan tanda tanya.

Begitulah kisah seorang pengguna Threads, Wan Mohd Fairuz, yang mendakwa menerima transaksi wang berjumlah RM1 bilion secara tiba-tiba ke dalam akaun banknya.

Lelaki Terkejut Wang RM1 Bilion Masuk Dalam Akaun Bank

Menerusi satu hantaran di Threads, dia memuat naik tangkap layar transaksi tersebut sambil meluahkan rasa terkejut melihat jumlah wang berkenaan.

“Duit apa daripada AEON Bank ini? Bergegar nyawa tengok duit dalam akaun banyak gila pergi.,” katanya.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, transaksi tersebut dipercayai berkaitan hadiah kepada pemenang dalam satu promosi atau kempen AEON Bank.

Membalas persoalan seorang individu di ruangan komen, Wan Mohd Fairuz juga menjelaskan dia tidak pernah menyertai mana-mana kempen anjuran AEON Bank.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berseloroh bahawa Wan Mohd Fairuz kini sudah bergelar bilionair walaupun hanya seketika.

Dalam hantaran terbaharunya, dia memaklumkan bahawa dirinya telah menghubungi pihak AEON Bank dan dimaklumkan bahawa transaksi berkenaan berlaku akibat kesilapan pihak bank.

Susulan itu, wang tersebut telah diambil semula oleh pihak bank, namun Wan Mohd Fairuz difahamkan bakal menerima ganjaran sebagai tanda penghargaan kerana melaporkan perkara itu lebih awal.

“Alhamdulillah dah selesai. Bank pun dah clearkan jumlah tu.

“Memang silap daripada pihak bank. Sebagai tanda terima kasih sebab hubungi pihak bank lebih awal.

“Mereka akan beri ganjaran. Cuma tunggu e-mel daripada mereka, ganjaran apa saya tak tahu. Harap ada sesuatu yang manis daripada pihak AEON Bank,” selorohnya.

Intipati
  • Wan Mohd Fairuz mendakwa menerima transaksi RM1 bilion secara tiba-tiba dalam akaun banknya.
  • Beliau berkata tidak pernah menyertai mana-mana kempen atau promosi anjuran AEON Bank.
  • Transaksi itu dimaklumkan sebagai kesilapan bank dan jumlah berkenaan telah diambil semula.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan