Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mengejutkan, Kanak-Kanak Bawah Umur Alami Masalah Mental Tembak Mati Ibu Sendiri

Foto: CTV News/Peakpx

Seorang ibu berusia 51 tahun telah mati ditembak oleh anak lelakinya berusia 9 tahun dalam satu kejadian yang berlaku di Fawn River Township, Michigan pada Isnin.

Iklan

Dalam kejadian itu, kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah menembak ibu angkatnya dengan menggunakan senapang jenis raifal yang sering digunakan untuk memburu.

Bercakap mengenai kejadian itu kepada MLive.com, Reagan Martin, kakak angkat kepada kanak-kanak berkenaan telah memberitahu bahawa adik lelakinya itu mempunyai masalah mental.

Martin turut memberitahu bahawa beliau yakin bahawa pelaku hanya ingin menakut-nakutkan ibu mereka dan tidak berniat langsung untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, beliau sendiri mengakui tidak mengetahui bagaimana kanak-kanak tersebut boleh mendapatkan senjata berkenaan kerana ia selalunya disimpan dalam stor berkunci di rumah mereka yang terletak di selatan Michigan.

Martin yang berusia 23 tahun berkata, adik lelakinya itu mula diambil sebagai anak angkat oleh keluarganya sejak tahun 2016 dan tinggal bersama mereka sejak itu.

Dalam pada itu, tiada maklumat mengenai nama mangsa dan pelaku didedahkan bagi menjaga sensitiviti keluarga serta menyembunyikan identiti pelaku. Peguam pelaku juga tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian ketika ini.

Sumber: TIME