Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mak Ayah Boleh Mohon Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme Mulai Esok, Ini Syarat Kelayakan

Aina Munirah
Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme
Gambar: AI/Flow & JKM

Mak Ayah Boleh Mohon Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme Mulai Esok, Ini Syarat Kelayakan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan permohonan subsidi bagi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka bermula 15 Mei hingga 15 Julai 2026.

Menerusi Facebook, JKM berkata bantuan berbentuk "one-off" sebanyak RM1,000 itu diberikan khusus untuk meringankan kos pembelajaran setiap anak Autisme layak.

Selain itu juga, inisiatif ini dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Syarat Kelayakan

Kongsi JKM lagi, syarat utama kelayakan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan kanak-kanak autisme tersebut mempunyai kad OKU serta berusia bawah 18 tahun.

Selain itu, pendapatan per kapita isi rumah juga mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan. Untuk mengira pendapatan per kapita, anda boleh bahagikan jumlah pendapatan isi rumah dengan bilangan isi rumah.

Seterusnya, pemohon mestilah mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah, iaitu Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang memberi perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme.

Cara mohon

Berikut adalah cara untuk memohon:

  1. Isi borang permohonan

Dapatkan borang melalui laman web JKM atau Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.

  1. Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA)

Serahkan borang ke PUSPA anak anda.

  1. Pengesahan pihak PUSPA & serahkan ke JKM

PUSPA menghantar borang yang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

  1. Proses kelulusan

Tunggu proses semakan dan kelulusan rasmi daripada pihak JKM.

Setakat ini, berdasarkan statistik sehingga April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan atau boleh imbas kod QR untuk muat turun borang permohonan dan senarai semak dokumen.

Kredit: Jabatan Kebajikan Masyarakat