Sidang media yang disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mengenalpasti satu lagi kluster baharu iaitu kluster Madrasah di Solok Duku, Melaka
Iklan
Kluster Madrasah di Solok Duku telah dikenal pasti sebagai kluster terbaharu berkaitan madrasah tahfiz. Setakat ini seramai 107 pelajar, guru dan ahli keluarga telah disaring, di mana:
Dua (2) kes positif COVID-19 di kalangan 35 orang pelajar.
Tiada kes positif di kalangan 10 orang guru dan kakitangan madrasah
Dua (2) kes positif COVID-19 di kalangan 62 ahli keluarga guru, kakitangan dan pelajar.
Sumber: Sidang media KKM
