Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LUXE ORGANIX Rasmi Masuk Malaysia, Tampil Dengan Rangkaian Penjagaan Kulit Eksklusif Di Watsons

Jenama penjagaan kulit popular dari Filipina, LUXE ORGANIX, kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi kerjasama eksklusif bersama Watsons Malaysia, sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan rangkaian produknya di semua cawangan Watsons serta platform dalam talian.

Dikenali sebagai antara jenama penjagaan kulit pilihan ramai di Filipina, LUXE ORGANIX menawarkan formulasi yang lembut, sesuai untuk kulit sensitif dan direka bagi kegunaan harian. Produk-produknya turut menggabungkan pelbagai manfaat dalam satu formulasi untuk membantu pengguna mendapatkan kulit yang sihat dan berseri.

Ketua Pegawai Eksekutif Deanne Trading Sdn. Bhd., Dennis Chua, berkata pelancaran LUXE ORGANIX di Malaysia merupakan satu langkah penting dalam usaha memperluaskan jenama itu di rantau Asia Tenggara.

Menurutnya, pengguna kini semakin peka dalam memilih produk penjagaan kulit yang bukan sahaja mengandungi bahan aktif berkesan, malah praktikal untuk digunakan setiap hari.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LUXE ORGANIX, Eugene Yap, berkata kerjasama bersama Watsons yang telah terjalin hampir dua dekad di Filipina kini diteruskan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jenama tersebut.

Beliau berkata inovasi sentiasa menjadi keutamaan syarikat, termasuk memperkenalkan rangkaian Whitening Serum Lotion yang mendapat pensijilan Halal dan menggabungkan tiga fungsi dalam satu produk.

Losyen Badan 3 Dalam 1 Dengan Pelbagai Manfaat

Antara produk yang diperkenalkan ialah LUXE ORGANIX Whitening Serum Lotion (RM32.90), yang menggabungkan fungsi serum, losyen badan dan wangian dalam satu formulasi ringan.

Rangkaian ini membantu melembapkan kulit, menguatkan lapisan perlindungan kulit, memperbaiki tona kulit tidak sekata, mengurangkan penampilan tompok gelap serta memberikan kulit yang kelihatan lebih sihat dan berseri tanpa rasa melekit.

Tiga pilihan yang ditawarkan ialah:

  • Niacinamide + Arbutin Healthy Light – Membantu mengurangkan tona kulit tidak sekata dan penampilan tompok gelap di samping menguatkan skin barrier.

  • Retinol + Gluta Youthful Radiance – Membantu meningkatkan keanjalan kulit, memperhalus tekstur kulit serta mengurangkan penampilan garis halus untuk kulit yang kelihatan lebih anjal dan berseri.

  • Milk + Gluta Gentle Bright – Memberikan kelembapan menyeluruh, menenangkan kulit dan membantu menjadikan kulit kusam kelihatan lebih cerah secara semula jadi.

Tisu Pembersih Mekap Dengan Manfaat Penjagaan Kulit

Turut dilancarkan ialah LUXE ORGANIX Micellar Makeup Remover Wipes (RM15.90), yang bukan sahaja menanggalkan solekan, kotoran dan minyak, malah memberikan manfaat penjagaan kulit dalam satu langkah.

Ia didatangkan dalam dua varian:

  • Whitening Repair – Diperkaya dengan Niacinamide, Vitamin C dan Sweet Almond Extract untuk membantu mengurangkan penampilan tompok gelap serta menjadikan kulit tampak lebih sekata dan berseri.

  • Miracle Solutions – Mengandungi Niacinamide, Tea Tree dan Witch Hazel yang membantu mengawal minyak berlebihan serta menyokong penjagaan kulit berjerawat tanpa menyebabkan kulit menjadi kering.

Kini Boleh Didapati Di Watsons Malaysia

Bermula 25 Julai 2026, pengguna di Malaysia boleh mendapatkan keseluruhan rangkaian LUXE ORGANIX secara eksklusif di semua cawangan Watsons Malaysia, selain melalui laman web dan aplikasi rasmi Watsons.

Pelancaran ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna tempatan yang mencari produk penjagaan kulit harian dengan formulasi pelbagai fungsi dan bahan aktif yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.