Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Cemerlang Sebanyak 58%, Pencapaian Tertinggi & Terbaik

58

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Cemerlang Sebanyak 58%, Pencapaian Tertinggi & Terbaik

LS2 Malaysia dengan bangganya mengumumkan pertumbuhan jualan yang memberangsangkan sebanyak 58% bagi tempoh Julai 2025 hingga Jun 2026, sekali gus menjadi pencapaian pertumbuhan tertinggi dan terbaik dalam sejarah kami. 

Pencapaian luar biasa ini mencerminkan momentum kukuh jenama LS2 di pasaran Malaysia serta kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pelanggan, pengedar, dan rakan niaga di seluruh negara.

Kejayaan ini turut diperkukuhkan menerusi penganjuran LS2 Asia & Oceania International Convention 2026 yang berlangsung di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur City Centre, di mana LS2 Global telah memperkenalkan rangkaian koleksi terbaharu bagi separuh kedua tahun 2026 serta koleksi penuh tahun 2027, merangkumi koleksi Winter dan Summer. 

Semasa Sidang Media LS2 yang diadakan pada 24 Julai 2026, LS2 Global telah menampilkan model-model yang bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman harga dibuat memandangkan koleksi tersebut baru sahaja diperkenalkan kepada umum. 

Koleksi-koleksi baharu ini dijangka memasuki pasaran Malaysia secara berperingkat bermula September 2026, manakala maklumat lanjut mengenai harga serta tarikh pelancarannya akan diumumkan dari semasa ke semasa mengikut ketibaan stok di Malaysia. 

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengedar, rakan niaga, pelanggan, serta komuniti penunggang motosikal di Malaysia yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan yang membanggakan ini. 

Pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah ke hadapan, memperkukuh jenama LS2 serta menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Terima kasih, Malaysia, kerana menjadi sebahagian daripada kejayaan LS2 Malaysia.

Intipati
  • LS2 Malaysia mencatat pertumbuhan jualan 58% bagi tempoh Julai 2025 hingga Jun 2026.
  • Syarikat menyifatkan pencapaian itu sebagai pertumbuhan tertinggi dan terbaik dalam sejarahnya.
  • Koleksi baharu LS2 dijangka memasuki pasaran Malaysia secara berperingkat mulai September 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan