Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lincah Beraksi Atas Jalan Raya, 'Skater' Berpengalaman 20 Tahun Ditahan
JELEBU -- Pengalaman 20 tahun bukanlah alasan untuk bebas melanggar undang-undang, apabila seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan polis susulan dipercayai melakukan aksi berbahaya di jalan raya.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengesan serta menahan individu berkenaan berdasarkan maklumat orang awam.
Dalam rakaman yang dikongsikan memaparkan individu berkenaan dipercayai melakukan aktiviti sukan papan luncur di jalan yang tidak dibenarkan.
"Aksi berkenaan boleh mendatangkan kecederaan serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
"Hasil pemeriksaan lanjut telah membuat rampasan terhadap peralatan yang digunakan untuk meluncur di bawah (SEK 112(3) APJ 1987) dan saman ke atas individu tersebut, dalam hal sesuatu sabitan di bawah Seksyen 41,42,44, 45A, 45B atau 45c APJ 1987.
"Manakala denda tidak kurang lima ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan," maklum kenyataan itu.
Tambah BSPTD Jelebu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta Undang-undang yang ditetapkan," maklum kenyataan itu.