Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Maut, Tiga Hilang Bom Perang Dunia Ke-2 Meletup Di Timur Indonesia

Iqbal Yasir
Bom Perang Dunia Ke-2
Kredit: Video Tular

Lima Maut, Tiga Hilang Bom Perang Dunia Ke-2 Meletup Di Timur Indonesia

Lima orang dilaporkan maut, manakala tiga lagi masih hilang susulan letupan bom yang dipercayai merupakan sisa Perang Dunia Ke-2 di Kabupaten Biak Numfor, Papua, Wilayah Timur Indonesia, lapor CNN Indonesia.

Kapolres Biak Numfor, AKBP Ari Trestiawan berkata, letupan itu berlaku di Kompleks Perikanan Jalan Walter Mongonsidi, Kampung Yenures, Distrik Biak Kota pada jam sekitar 2.45 petang semalam.

Akibat kejadian, beberapa buah rumah turut mengalami kerosakan.

Bom Perang Dunia Ke-2

"Bom yang disyaki peninggalan Perang Dunia Ke-2. Kes ini masih dijalankan siasatan," katanya.

Tambah Ari, beliau menyatakan bahawa pihaknya masih menjalankan proses identifikasi di lokasi kejadian.

Berdasarkan data sementara, pihak polis baru menemui lima mayat.

"Setakat ini, lima mayat mangsa telah ditemui, manakala tiga lagi masih dalam pencarian," jelasnya.

Beliau menambah bahawa anggota Brimob telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kawasan tempat kejadian perkara (TKP) telah dipasang garis polis kerana masih belum disahkan selamat sepenuhnya.

"Kami menasihati orang ramai agar tidak menghampiri lokasi kejadian buat sementara waktu memandangkan keadaan masih belum selamat, bagi mengelakkan sebarang letupan susulan," kata Ari.